Monday, June 3, 2013

Ukhwah Fillah.

Assalamualaikum wth .

Alhamdulillah . pada 31 Mei - 2 Jun 2013 Iffah serta dalam Kem Muslimah Solehah . Alhamdulillah , banyak pengalaman baru yang Iffah dapat kat sana ^^

okay , entry kali ni memang betul-betul pendek . tanak melalut panjang . hehe .
biar gambar berbicara :)






flashmob kempen menutup aurat . 

Peserta-peserta kem ni dibahagikan 5 kumpulan dan dibahagikan tugas masing-masing pada 1 Jun . Group Iffah kena buat flashmob . Ada group yg edarkan risalah , derma tudung labuh , purdah , stokin kaki dan tangan . Alhamdulillah . Kempen ni berjalan dengan lancar ^^ harap dengan ada nya kempen menutup aurat ni akan memberikan kesedaran kepada muslimah-muslimah tentang kepentingan menutup aurat :)

Alhamdulillah . selesai berkempen , kami dijemput meraikan hari bahagia Kak Fit ( kakak yg boleh dikatakan aktif juga dalam group niqab girls Penang ) . masa ni tengah tunggu giliran nak naik kereta kakak-kakak AJK . hehee lagipun rumah Kak Fit tak jauh sangat dari Yayasan An-Nahdhoh ^^





Gambar ni diambil pada malam terakhir kami bersama . memang sayu je lah malam tu . tambah pula ada group yang persembahkan lagu seiring sehaluan (UNIC) . sebak sebak :') malam tu memang best . selesai solat Isyak berjemaah , kami bersiap-siap untuk persembahan kami . dan setiap group wajib join debate . huhu . tapi sayang . group Iffah dapat tempat ketiga je . hehe Alhamdulillah . kalah menang tak kisah pun . yang penting , masing-masing terhibur dengan macam-macam kerenah ^^

 Aisyah . Anak Kak Sya ^^



Okay , setakat itu dulu untuk entry kali ni . Assalamualaikum ^^

Saturday, May 25, 2013

Harga Mahal-mahal Belaka

assalamualaikum wth :)

'' membazir je pkai baju muslimah weyh , sehelai RM30 ke RM40 jgk . Aku tgk ade yg smpai RM50 . MEMBAZIR je kutt . Tgk aku , t-shirt RM10 je pun . Jimat pun jimat . Xpyh nk berhijrah sgt ah ''

Hanya mampu tersenyum bila ade yg kata mcm tuh . Semoga ALLAH bantu . Semoga ALLAH redha . Ujian ALLAH , pasti ade hikmahnya . Lillahita'ala .

Pndpt sya : Ya , bju yg mnutup aurat tu memang mahal sebab syurga Allah tu mahal . Orang yang sanggup bersusah payah untuk DIA je yang boleh masuk .


A'ah . baju-baju muslimah , tudung-tudung labuh , memang mahal . tak dinafikan lagi . kalau nak beli memang fikir dua tiga kali jugak lah . kalau dulu , tudung & shawl RM 10 pun dah boleh dapat . ada lagi yang murah . RM 5 pun ada yang boleh dapat . murah kan ? dari yang tak pakai stokin , kena pakai stokin , dari yang tak pakai handsock , kena pakai handsock . stokin and handsock pun kena jugak tengok kualitinya . bagus ke tak bagus . tahan lama ke tak . of course la kita nak beli yang tahan lama  kan ? dah of course lah yang tahan lama tu mahal kan ? itu la ujian kita yang hendak berhijrah sebenarnya . apatah lagi sebagai seorang pelajar . kalau asyik mintak duit dekat parents je pun tak boleh jugak . so kena lah pandai-pandai lawan nafsu . memang tak dinafikan lah . dekat fb tu berapa banyak page yang jual pakaian-pakaian muslimah . kalau orang yang tak kuat tu disarankan supaya JANGAN SESEKALI melawat page-page tu . hehe . bukan apa , pakaian-pakaian muslimah memang comel-comel belaka . :D

so buat masa sekarang , pakai je lah yang mana ada dulu . bersederhana kan lebih baik :) 

ingat ,  Apabila hati bermonolog "Jubah ni mahal.Tudung besar ni mahal , handsocks pun.Stokin lagi.Maka pujuklah hati "Sebab syurga Allah itu mahal" ;)

okay setakat itu dulu . assalamualaikum .



Friday, April 12, 2013

part time?

assalamualaikum. wah. hari ni saja dah dua kali aku update. wihuu
sempena musim cuti semester break ni, soalan-soalan yg common yg selalu org akan tanya dan tak kurang juga dgn aku mesti tanya soalan ni. "cuti ni tak kerja?" "nak buat apa dua bulan cuti ni?" "apa plan bla bla bla" dan "bla bla bla bla" dan apa-apa lagi lah soalan yang berkaitan dengan cuti.
firstly. niat aku mula-mula sebelum start and sebelum final lagi aku memang dah rancang nak kerja masa cuti sem ni. macam-macam aku plan. nak buat kek coklat lah, nak buat coklat, berniaga lah, nak kerja dekat kedai depan rumah aku lah, nak amik lesen kereta lah *aku takde lesen kereta lg* nak belajar bawak kereta lah, nak pergi sana lah, nak pergi sini lah. macam-macam. tpi, bila aku dah duduk je kat rumah ni. tiba-tiba datang penyakit malas aku. malas. malas nak keluar, malas nak cari kerja, malas macam-macam malas lah.
mana tak malas? aku takde geng nak kerja sekali T_T semua tengah study lagi, tak cuti lagi. so buat masa sekarang, aku duduk je dulu kat rumah diam-diam.
nak di jadikan cerita.
sebelum bermulanya semester break aku, aku pernah mintak izin abi utk kerja, then, abi bagi green light.
tapi, semenjak aku kat rumah ni *tak keluar langsung* aku memang malas gila nak keluar rumah. kalau keluar pun, depan rumah, jemur baju. tak pun, keluar dgn abg idin. *ada hari tu aku teman dia jumpa costumer kat luar* hah, itu je lah. seriuos wa cakap lu. haha :P
beberapa hari lepas, abi peringatkan aku suruh cari kerja. aku macam, Ya Allahh... malas nyaaaa. penyakit ni memang betul-betul kronik nih.
petang tadi, aku keluar dgn kak ejah, teman dia pergi beli barang-barang utk buat kek. btw, kak ejah memang rajin buat kek. asal dia balik rumah je, tak sah kalau dia tak buat kek, beli aiskrim. mana tak 'belon' badan aku? haha
alang-alang dah keluar tu, aku suruh dia teman carikan kerja. tapi, nasib tak menyebelahi aku. takde jawatan kosong yg boleh aku isi. but, BUT ! aku happy okay. haha
ye lah, tayah aku susah-susah kerja :P
babe, kalau korang nak tahu, aku duduk kat rumah bukan saja-saja tauu. so, dari aku pergi cari kerja kat luar, tapi rumah takde sape nak tolong kemaskan, lebih baik aku duduk rumah, buat kerja-kerja rumah. at least, aku boleh berlatih utk jadi isteri mithali. tak gitu? aiceh :P hahaa
ye la, nanti dah hbs cuti, bila lagi aku nak berjasa kan? hbs cuti, dah nak fokus on study. rumah aku ni bukannya ada org gaji yg nak kemaskan. so, aku amik keputusan utk setia dgn rumah aku. :D
gaji? hm somehow, benda yg tak nampak tu lagi indah dari yg kita nampak. faham? ti falsafah aku sendiri. haha
okay lah. setakat itu dulu. have a nice holiday guys ! assalamualaikum :*


Saturday, April 6, 2013

iffah dah 20 kan?

assalamualaikum. post kali ni nak cakap pasal "umur" . hey, u know what? perkara yang sensitif bagi perempuan ialah UMUR and BERAT BADAN. hahaa okay, now focus on umur.
selang beberapa hari yang lepas, umi tanya aku.
 ***
UMI : umur ifa brapa tahun ni?
AKU : 19. tapi tak cukup lagi.
UMI : maksudnya 20 lah?
AKU : tak lah umi, 19 tahun.
UMI : yelah, maksudnya 20 la kan?
AKU : umi, takk. maksud ifa, kalau ikut tahun ni ifa dah 19 tahun. tp tak ckup 19 tahun lg.
UMI : ohh, habaq ja la dah 19 tahun.
AKU : ...........

***
hehe but betul lah. aku memang tak cukup 19 lagi okay wek. frankly speak, rasa mcam kejap je. tup tup dah nak hampir dgn number 20 =.= kejapnya masaaaaa
okay bye. assalamualaikum. insyaallah ada idea and ada masa and panjang umur aku post lagi. tataa :D




Thursday, April 4, 2013

untitle

ihiks. assalamualaikum wth :D saja nak post. benda kosong ja. tak dak apa apa pun yang menarik. okay bai. HAHA
ehem. ekceli, esok 5/4/13 wa dah habis final exam wa bg sem 2. wihuuuuuu *jejoget* okay, tak boleh joget sgt. paper tak habis lagi. haha frankly speak, wa rindu rumah wa. dah SEBULAN. SEBULAN okay sebulan wa tak balik rumah. lama la tu. okay bai. wish me luck esok korang. thanks ! :* assalamualaikum



Thursday, March 21, 2013

result

assalamualaikum wth. sihat? harap2 korg sihat selalu InsyaAllah.
sekarang mesti 'heboh' pasal result SPM kan? wahaa. sebenar nya, eden tak berani sangat nak sentuh bab2 ni. sebab, ye lah. result den pun takde lah baik sangat. cukup-cukup makan. hehe. but, Alhamdulillah, still dapat sambung belajar.
kepada adik-adik wa yg lpasan SPM, dlm bahasa skemanya, adik-adik wa yg baru nak 'bebas' dari alam persekolahan. *skema ke? ah lantak* good luck utk masa depan korang. btw, rasanya tak terlambat lagi kot kalau wa nak ucapkan TAHNIAH kepada semua yang cemerlang dlm result SPM korang. ^^ kepada yg kurang tu, lepak ah okay? rezeki ada mana-mana. percaya la cakap akak :D *haha 'akak' lah sangattttt*
serius wa cakap lu. memang aa result SPM ni penentu ke mana kita seterusnya. tapi, tak bermakna masa depan akan terang benderang. er tak, maksud wa mcm ni. tak bermakna kalau result lu teruk or sederhana dalam SPM, masa depan lu akan kelam. so, korang tak payah nak sedih-sedih okay? jangan risau, Allah dah tentukan rezeki masing-masing. and, akak2 or abg2 or seangkatan dgn nya tu, jgn la korang senang2 nak kondem org, nak jugde org. beb, masing2 ada rezeli masing2, mana tahu sekarang mungkin dia down, but one days, korang jgn terkejut yg dorg akan lagi up dari korang, haaa :D
so, lepas ni pandai2 la pilih course2 yg korang boleh catch-up and sesuai dgn result korang. PALING PENTING, mintak pandangan org2 tau. org2 tua maksud wa kat sini mcm mak ayah korang ke, abang2 korang, akak2 korang ke. dan seumpamanya~
mcm wa dulu. serius wa ckp mmg wa sedih pedih la dgn result SPM wa yg lepas. but, atas dorongan family wa, Alhamdulillah. so korang tak payah la sedih sangat okay? chill. rileks, coooool~ InsyaAllah, rezeki korang ada je di mana2. paling penting, doa tu mesti la ada ye. jgn sampai kecewa tahap gaban sampai doa pun dah tak nak. haa tu memang cari nahas la. haha. peringatan utk diri wa jugak. 31/3/13 ni wa dah start final exam. Alhamdulillah la sem ni paper final wa tak byk sangat. but, 'the killer' subjek tu still ada la. hehh -.- tp apa boleh buat? nak tak nak, kena BACA ! so, apa-apa pun, wish me luck korang. hehe. assalamualaikum ! :)

apa-apa pun, result kat atas ni lagi penting woh

Sunday, March 4, 2012

i think my mummy is AMAZING :)


salam, layan lagu ney.. macam ada kena mengena dgn aku je.. :') 
kbaii , salam