assalamualaikum. wah. hari ni saja dah dua kali aku update. wihuu
sempena musim cuti semester break ni, soalan-soalan yg common yg selalu org akan tanya dan tak kurang juga dgn aku mesti tanya soalan ni. "cuti ni tak kerja?" "nak buat apa dua bulan cuti ni?" "apa plan bla bla bla" dan "bla bla bla bla" dan apa-apa lagi lah soalan yang berkaitan dengan cuti.
firstly. niat aku mula-mula sebelum start and sebelum final lagi aku memang dah rancang nak kerja masa cuti sem ni. macam-macam aku plan. nak buat kek coklat lah, nak buat coklat, berniaga lah, nak kerja dekat kedai depan rumah aku lah, nak amik lesen kereta lah *aku takde lesen kereta lg* nak belajar bawak kereta lah, nak pergi sana lah, nak pergi sini lah. macam-macam. tpi, bila aku dah duduk je kat rumah ni. tiba-tiba datang penyakit malas aku. malas. malas nak keluar, malas nak cari kerja, malas macam-macam malas lah.
mana tak malas? aku takde geng nak kerja sekali T_T semua tengah study lagi, tak cuti lagi. so buat masa sekarang, aku duduk je dulu kat rumah diam-diam.
nak di jadikan cerita.
sebelum bermulanya semester break aku, aku pernah mintak izin abi utk kerja, then, abi bagi green light.
tapi, semenjak aku kat rumah ni *tak keluar langsung* aku memang malas gila nak keluar rumah. kalau keluar pun, depan rumah, jemur baju. tak pun, keluar dgn abg idin. *ada hari tu aku teman dia jumpa costumer kat luar* hah, itu je lah. seriuos wa cakap lu. haha :P
beberapa hari lepas, abi peringatkan aku suruh cari kerja. aku macam, Ya Allahh... malas nyaaaa. penyakit ni memang betul-betul kronik nih.
petang tadi, aku keluar dgn kak ejah, teman dia pergi beli barang-barang utk buat kek. btw, kak ejah memang rajin buat kek. asal dia balik rumah je, tak sah kalau dia tak buat kek, beli aiskrim. mana tak 'belon' badan aku? haha
alang-alang dah keluar tu, aku suruh dia teman carikan kerja. tapi, nasib tak menyebelahi aku. takde jawatan kosong yg boleh aku isi. but, BUT ! aku happy okay. haha
ye lah, tayah aku susah-susah kerja :P
babe, kalau korang nak tahu, aku duduk kat rumah bukan saja-saja tauu. so, dari aku pergi cari kerja kat luar, tapi rumah takde sape nak tolong kemaskan, lebih baik aku duduk rumah, buat kerja-kerja rumah. at least, aku boleh berlatih utk jadi isteri mithali. tak gitu? aiceh :P hahaa
ye la, nanti dah hbs cuti, bila lagi aku nak berjasa kan? hbs cuti, dah nak fokus on study. rumah aku ni bukannya ada org gaji yg nak kemaskan. so, aku amik keputusan utk setia dgn rumah aku. :D
gaji? hm somehow, benda yg tak nampak tu lagi indah dari yg kita nampak. faham? ti falsafah aku sendiri. haha
okay lah. setakat itu dulu. have a nice holiday guys ! assalamualaikum :*
No comments:
Post a Comment