Saturday, February 8, 2014

Lebih baik mencegah dari merawat

assalamualaikum.

hari ni iffah nak share something dari sorg sahabat di facebook.


Bissmillah, bergetar sebenarnya tangan ni. sy teringat akan satu ayat ni, iaitu "MENCEGAH lebih baik dari MERAWAT"

budak-budak zaman sekarang ni, TEMAN LELAKI & TEMAN WANITA istimewa dah macam jadi perkara biasa. malah, bagi mereka siapa yg belum 'berpacaran' seperti alien, pelik.

kekadang sy terfikir. diorang ni keluar berdua-duaan tak terfikir ke kalau sesuatu perkara buruk yg terjadi?

cuba bayangkn. 

saat tengah berseronok, bersuka-ria, bermadu asmara dengan kekasih, tiba-tiba kemalangan. 

takpun,

saat tengah berseronok, bersuka-ria, bermadu asmara dengan kekasih, tiba-tiba waktu tu jugak berlakunya kiamat. nauzubillah...

bukan sy nak takutkan sesiapa. cuma, sy nak awak, awak, dan awak semua fikir sebelum melakukan sesuatu.

satu lagi. awak kaum hawa. awak yakin ke yg konon nya hero awk tu dapat lindungi awak sebaiknya? awak percaya ke kat dia? bukan apa, kita ni kena jugak ada sikap berwaspada.

awak yakin yg dia betul-betul sygkn awak? awak yakin yg dia betul-betul hormatkan awak?

cuba fikir. kalau betul dia sygkn awak, dia takkan ajak awak ke jalan MAKSIAT. Kalau betul dia hormatkan awak, dia akan terus jumpa wali awak, hantar rombongan meminang awak, dan bila dah sah suami isteri baru lah dia akan keluar dengan awak. itu baru betul dia hormat awak.

kita (kaum hawa) mahal. jangan biarkan org yg belum halal bg kita senang-senang nak bawak kita ke hulu hilir. apatah lagi berdua-duaan.

betul, saya mohon kepada hawaku sekalian, mahalkan diri awak... *nangis*


iffah tertarik dengan cara penyampaiannya. bikin hati ini sentap. buat iffah terfikir. 

betul lah.. kebanyakan sekarang ni 'budak2' yg tak berapa nak budak sgt ni fikir dorg dah matang sgt. bijak buat keputusan. kononnya lah. tp dorg fikir tak apa kesan yg bakal dorg dpt?

iffah teringat dengan kata-kata ustazah fatimah syarha. tak ingat sangat ayat yg betul3, lebih kurang mcm ni lah ayat nya, ' kalau kita ni seorang yg playgirl, in sya Allah kita akan dapat suami yg playboy' . eh yeke? tapi lebih kurang bunyik macam tu lah.

maksudnya, kalau kita sekarang asyik bersuka ria bertepuk tampar dengan lelaki yg belum halal bg kita, in sya Allah bakal suami kita pun akan asyik bersuka ria bertepuk tampar dengan perempuan lain. kalau kita sekarang senang2 je keluar berdua-duaan dengan lelaki yg bukan halal bg kita, jangan terkejut bila kita dapat suami yg suka bawak anak org merata tempat. *okay, ayat2 ni iffah amik dari drama "Aku ada wali"

kalau nak jodoh yg baik, perbaiki diri dulu. in sya Allah, Allah bantu. 

sama-sama kita berubah untuk mencari keredhaan Allah. 

setakat itu dulu, wassalam :)




Friday, February 7, 2014

ku ada Mu

assalamualaikum.

entri kali ni iffah nak kongsikan apa yang telah dikongsikan oleh sahabat seusrah iffah :)

"sebelum ni, saya pernah tulis something yang saya nak dalam diari saya, dan Alhamdulillah. sekarang saya dah sedar, apa yang saya tulis tu semua saya dapat."

maksudnya disini ialah, setiap apa yang terlintas dalam hati kita, dalam fikiran kita, semua, SEMUA Allah tahu. betul.. iffah pun pernah rasa macam tu. Allah... bergetar tangan ni haa.

sungguh, Allah itu Maha Mengetahui. Dia tau apa yang hamba dia nak. kalau kita tak mintak kat dia pun, dia tau. Allah.. hebat kan Dia? :')

Dia ada setiap saat untuk kita. jadi, jangan sesekali rasa jauh dari Dia.

rasa sedih? stress? mengadu dulu pada Dia.. kemudian, baru cari manusia yakni sahabat kita. jangan jadikan Dia sebagai pilihan terakhir kita.

setakat itu dulu untuk kali ni. in sya Allah ada masa, akan diupdate lagi. wassalam

Tuesday, November 12, 2013

HATI

Assalamualaikum wth

HATI. Ada orang cakap , bentuk hati macam ni , 



hakikatnya, bentuk hati yang sebenar ialah macam ni, 

Uuuu~ beza bebenor dengan bentuk 'hati' yang mula-mula iffah tunjuk tu. ntah macam mana dorang boleh reka bentuk macam tu pun, iffah tak tahu.

HATI.

Hati ni eset yang penting. paling penting. 

sebab melalui hati lah, kita bermonolog *eh yeke?* kalau salah betul kan.
ada orang cakap, hati kita bekerjasama dengan 'niat' . 
maksudnya di sini, kalau sudut Islam nya, hati ni memain peranan yang penting dalam membentuk mukmin yg sejati.
buruk hatinya, maka buruk lah akhlak nya.
ayat di atas ni pun dah cukup jelas menunjukkan peranan hati ni sebenarnya :)

kesimpulannya, pelihara lah hati kita. topup selalu iman kita. supaya hati kita tak expired dan berguna sampai bila-bila in sya Allah :')

HATI SESEORANG MUKMIN DAPAT DINILAI MEMLALUI SIKAPNYA / AKHLAKNYA.
Pelihara hati, in sya Allah :)

wassalam.

Wednesday, October 16, 2013

cerita yang sudah lama tidak dicerita

Assalamualaikum :)
Alhamdulillah , masih diberi kesempatan utk meng'update' blog . Fyi , Iffah sedang cuti semester bermula 11hb 10 lepas until 22hb 11 . oh , 23hb dah kena daftar kolej . sedih sebenarnya . yelah , mulanya cadang nak ikut abi umi semua pergi hantor kakak sambung di MSU tu then dah rancang dah plan sesampai je kat sana . tapi . hmm takde rezeki lah tu . tapi takpe , ada rezeki nanti boleh la In sya Allah :)

Okay . sememangnya sepanjang Iffah di kolej memang susah kalau nak Online . seriously . kalau ada nampak Iffah Online tu pun pinjam broadband Anis ( roomate ) . But , next sem dah tak boleh dah nak bergantung dengan sesapa . Anis dah nak pergi praktikal . *sob* sedih wehhhhhhhhh . but it's okay . i'm strong . :)

hey , pernah dengor nama Daeng selili ?
nama tu femes la juga di Perok terutamanya di belah Kuala Kangsor (arwah umi). panjang kisah nya.. tapi yang menariknya , baru-baru ni ade le sepupu Iffah tag di FB . cakap susul galur family kami si Kuale tu ... mulanya tak faham juga . tapi bila baca betul-betul , tanya Encik Google , oh baru tahu . rupa-rupanya nenek moyang Atuk Iffah ada darah Diraja . patut lah sepupu Iffah tu beriye je update kononnye depan nama nye ada 'Daeng' . HAHAHA . tapi sebelum ni ada jugak dengor Kak Long cakap yang family belah Kuale memang ada kaitan dengan Raja Perak . sejak tu baru lah rasa macam nak tahu lagi susul galur family Iffah . Kak Long cakap , family belah abi pulak ada kenaa dengan darah Siam . Hehehe macam-macam darah bercampur. Siam ado, Bugis ado . haa lagi apa lagi ? hehe Alhamdulillah ...

and ... last thing is ....
tolong suggest aktiviti apa yg Iffah nak buat while sem break ni ? nak kerja memang tak ah . sebulan je cuti ... -.-


okay that's all from me . in sya Allah jumpe di post yang akan datang . Assalamualaikum :)

Friday, August 2, 2013

Ramadhan

Assalamualaikum wth ^^

hampir sebulan tak update blog . memandangkan sekarang merupakan bulan Ramadhan , bulan yang suci di mana setiap amalan yang kita kerjakan akan diberikan ganjaran berlipat kali ganda !! plus , syaitan semua kena ikat . weweeee~

hari ni sudah 2/8/13 bersamaan 24 Ramadhan . kejap je rasa .. Ramadhan semakin meninggalkan kita :'(
sedih sebenarnya .. sedih kalau Ramadhan ni Ramadhan yang terakhir ..

semoga kita semua dapat berjumpa dengan bulan Ramadhan yang akan datang in sya Allah :')
dikesempatan ini , Iffah nak ucapkan semoga anda , yang sedang membaca entri Iffah kali ni , rebut peluang yang ada di bulan Ramadhan ini .. jangan lupa sedekahkan setiap amalan kita kepada sanak saudara kita yang telah kembali ke Rahmatullah .. ^^ *ayat sedikit skema . maaf~*

setakat itu dulu utk entri kali ini . in sya Allah ada masa , Iffah akan update entri yang seterusnya . Ma'as salamah wa ilalliqa' ^^

Friday, July 5, 2013

Tugas.

Assalamualaikum ~

selalu sangat risaukan pandangan manusia. pandangan Tuhan ? hm..

risau TUGAS yg telah diamanahkan tak dapat siap dlm tempoh yg telah diberikan oleh majikan/lecturer/cikgu atau yg sewaktu dengannya. kalau TUGAS kita sebabgai HAMBA Allah pun terkontang-kanting , ni kan pula nak laksanakan tugas-tugas yang lain ?

terlalu risau majikan/lecturer/cikgu MARAH kalau kerja kita tak settle . kalau 'kerja' kita sebagai HAMBA Allah tak settle , kita risau tak macam mna kita risau dimarah oleh manusia-manusia yg lain ?? hm.

tanya diri , tanya iman . muhasabah :)

*Iffah tengah busy nih . busy mengalahkan PM tau . kihkih*

okay setakat itu dulu . Assalamualaikum :)

Saturday, June 29, 2013

My street.

Assalamualaikum wth :)

puh puh . berhabuk dan bersawang blog ceq . hm , what to do? Idk . I have no idea . hm . nak cakap pasal apa eh ? hm . don't know . hm . actually banyak cerita yg nak kongsi kat sini , tapi , setelah fikir-fikir balik , rasa macam tak patut cerita kat sini . hm . what's wrong with me haa? D':

oh okay . lately , i'm little bit busy . jadual kuliah yang sangat pack . but , it's not a big problem for me . anyway , seriouly , this sem Iffah rasa macam berat sangat . hm . sampai pernah Iffah terfikir nak 'berhenti' . hm . but hey , one semester just for three month okay . pejam celik dah tamat sem 3  ni . hope that this semester will be nice to me . hope so . Aminn . Wassalam :')