Saturday, February 8, 2014

Lebih baik mencegah dari merawat

assalamualaikum.

hari ni iffah nak share something dari sorg sahabat di facebook.


Bissmillah, bergetar sebenarnya tangan ni. sy teringat akan satu ayat ni, iaitu "MENCEGAH lebih baik dari MERAWAT"

budak-budak zaman sekarang ni, TEMAN LELAKI & TEMAN WANITA istimewa dah macam jadi perkara biasa. malah, bagi mereka siapa yg belum 'berpacaran' seperti alien, pelik.

kekadang sy terfikir. diorang ni keluar berdua-duaan tak terfikir ke kalau sesuatu perkara buruk yg terjadi?

cuba bayangkn. 

saat tengah berseronok, bersuka-ria, bermadu asmara dengan kekasih, tiba-tiba kemalangan. 

takpun,

saat tengah berseronok, bersuka-ria, bermadu asmara dengan kekasih, tiba-tiba waktu tu jugak berlakunya kiamat. nauzubillah...

bukan sy nak takutkan sesiapa. cuma, sy nak awak, awak, dan awak semua fikir sebelum melakukan sesuatu.

satu lagi. awak kaum hawa. awak yakin ke yg konon nya hero awk tu dapat lindungi awak sebaiknya? awak percaya ke kat dia? bukan apa, kita ni kena jugak ada sikap berwaspada.

awak yakin yg dia betul-betul sygkn awak? awak yakin yg dia betul-betul hormatkan awak?

cuba fikir. kalau betul dia sygkn awak, dia takkan ajak awak ke jalan MAKSIAT. Kalau betul dia hormatkan awak, dia akan terus jumpa wali awak, hantar rombongan meminang awak, dan bila dah sah suami isteri baru lah dia akan keluar dengan awak. itu baru betul dia hormat awak.

kita (kaum hawa) mahal. jangan biarkan org yg belum halal bg kita senang-senang nak bawak kita ke hulu hilir. apatah lagi berdua-duaan.

betul, saya mohon kepada hawaku sekalian, mahalkan diri awak... *nangis*


iffah tertarik dengan cara penyampaiannya. bikin hati ini sentap. buat iffah terfikir. 

betul lah.. kebanyakan sekarang ni 'budak2' yg tak berapa nak budak sgt ni fikir dorg dah matang sgt. bijak buat keputusan. kononnya lah. tp dorg fikir tak apa kesan yg bakal dorg dpt?

iffah teringat dengan kata-kata ustazah fatimah syarha. tak ingat sangat ayat yg betul3, lebih kurang mcm ni lah ayat nya, ' kalau kita ni seorang yg playgirl, in sya Allah kita akan dapat suami yg playboy' . eh yeke? tapi lebih kurang bunyik macam tu lah.

maksudnya, kalau kita sekarang asyik bersuka ria bertepuk tampar dengan lelaki yg belum halal bg kita, in sya Allah bakal suami kita pun akan asyik bersuka ria bertepuk tampar dengan perempuan lain. kalau kita sekarang senang2 je keluar berdua-duaan dengan lelaki yg bukan halal bg kita, jangan terkejut bila kita dapat suami yg suka bawak anak org merata tempat. *okay, ayat2 ni iffah amik dari drama "Aku ada wali"

kalau nak jodoh yg baik, perbaiki diri dulu. in sya Allah, Allah bantu. 

sama-sama kita berubah untuk mencari keredhaan Allah. 

setakat itu dulu, wassalam :)




No comments:

Post a Comment